Selasa, 28 Jun 2011

Perjumpaan MB bersama Warga Pendidik

Salam sejahtera.Terima kasih kepada Pengetua dan Guru Besar yang telah berjaya menyuntik semangat para guru di bawah tadbirannya.Tahniah pada Pengetua SMK.Ahmad Boestamam tempat ketiga peringkat kebangsaan Tilawah Alquran,Pengetua SABK Johan Kuiz B.Arab menengah atas peringkat Negeri Perak.Tak lupa Guru Besar SK.Seri Sitiawan Johan Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak.Mereka ini telah menerima sijil penghargaan daripada PPD Manjung yang disampaikan oleh YAB MB.Semoga sekolah-sekolah lain berjaya meniup semangat kepada guru-guru khususnya GPI untuk berusaha lebih giat buat saja dalam bidang kokurikulum tetapi juga kurikulumyang menjadi tunjang utama.Syabas daripada Unit Pendidikan Islam PPD Manjung."Kejayaan tidak akan datang bergolek".Justeru gandakan usaha bersama kita menuju ke Puncak Kecemerlangan.

Ahad, 26 Jun 2011

IHTIFAL KAA/SABK

Assalamu Alaikum ,Rakan-rakan di Kelas Aliran Agama (KAA) dan SABK.Ihtifal MIPA baru saja berakhir di SMKA Slim River pada 24 hingga 25 Jun yang lalu.Agak malang bagi Daerah Manjung yang ramai Hakim terlibat dalam majlis tersebut tetapi tidak dapat mencurahkan pengalaman dan tips-tips yang berguna kepada rakan-rakan di lima SMK terlibat dengan kelas KAA.Apa tidaknya ,ramai di kalangan guru pengiring yang saya temui rata-rata merasakan mereka tidak menjalankan aktiviti ini di sekolah.Bila dilantik sebagai guru pengiring,barulah mereka rasa bersalah selama ini mereka mengabaikan tanggungjawab mereka dalam bidang ko akademik yang sepatutnya dijalankan disekolah.Para pelajar yang mengambil bahagian kerana terpaksa bukan kerana semangat ingin mencuba.Kalau Daerah lain boleh,mengapa daerah kita tidak.Harapan saya pada masa akan datang RENUNG-RENUNGKANLAH ,apa pun tahniah SABK yang menjadi penyelamat dalam ihtifal kali ini.

Khamis, 16 Jun 2011

Esok ke IKM

Esok kami pegawai-pegawai wanita tak terkecuali meramaikan program mind mapping kat IKM Lumut.Dengar citer MB tak turun tapi kami tetap menurut perintah hadir ke program Yayasan Perak ni.

Sabtu, 11 Jun 2011

Minggu Akhir cuti sekolah

Diam tak diam dah habis cuti sekolah ,walaupun aku tak cuti tapi anak-anak cuti sekolah.Esok Anja balik ke Bagan Datuh .Tinggallah kami cam biasa sementara Alang tunggu U.Mudah2an dapat yang dekat ckit.Apapun walau di mana tetap aku hantar demi masa depan anak-anak.Nak tinggalkan harta aku bukan golongan berada.Hanya ilmu dapat menjamin kecemerlangan anak2ku di hari muka.Harapan dan doa mengiringi kalian.

Sabtu, 4 Jun 2011

Hujung Minggu

Hari ni g makan kenduri rumah Ghulam kat Lubuk Pusing.Lepas makan kami 3 beranak pun cabut g Sitiawan anta Alang Koje.Esok dia dapat gaji.Haa ! Nak beli apa Alang ,tentu seronok ek first time
dapat gaji.

Jumaat, 3 Jun 2011

IHTIFAL KAA/SABK

Rasanya tahun ini macam-macam nak buat di peringkat Daerah tapi masa je macam tak cukup.Harap-harap sekolah-sekolah yang ditentukan dah bersedialah dengan tajuk masing-masing untuk dibuat penambakbaikan bila diadakan bengkel nanti.Menang atau kalah bukan jadi ukuran yang penting persediaan menghadapinya.Bak kata orang di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Lepas ni satu lagi program menanti.Pemurniaan akidah pulak .Hai!.....macam-macam nak buat.Mujurlah JU Dakwah orang-orang yang berpengalaman luas,kalau tidak jenuh juga nak memikirkannya.
Malam ni rutin bermula ambil Alang balik kerja.Setiap hari kalau ambil Alang mesti makan kat luar punya.Segala jenis nasi dan mee dah order,rasa-rasa malam ni kita pekena bihun sup big bowl kut.
Hari ini hari terakhir cuti rehat.Seperti kebiasaan bila ada kenduri kendara pagi-pagi dah datang rumah Mak Cik Na bantu apa yang patut.12.45 tengahari baru balik ke rumah rehat sekejap.Lepas mandi- mandi cam biasalah buka ofis kat rumah.Anja dengan gamenya ,mama dengan laman blognya manakala dad cam biasa pi pangkoro.

Rabu, 1 Jun 2011


Hari ke 4 bercuti ,masih teruskan rutin hantar dan ambil anak bekerja di Sitiawan sementara dapat tawaran masuk U.Hari ini juga dad dan Anja balik ke sini daripada Seremban.Naik bas je.Kalau diorang lambat sampai ,alamat kena keje 2 kalilah aku hari ni.Tapi takpe selagi hayat dikandung badan pengorbanan wajib dilakukan pada insan-insan yang kita sayang.
Setelah sekian lama ruangan ini ditinggalkan,terasa ingin menyambung kembali pengalaman lampau bersama hero mama.Sekarang ni dah melanjutkan pelajaran ke SBP Sains Bagan Datuk.Nampak gaya dah pandai berdikari ,walaupun pada mulanya berat juga nak melepaskan Anja ke asrama......anak mama memang boleh.