Rabu, 17 Ogos 2011

BACAAN YAASIN PERDANA (1)

Selasa- 16 Ramadhan .Bertempat di Surau Al Hidayah SMV Seri Manjung telah berlangsung bacaan yaasin perdana & solat hajat untuk peperiksaan awam 2011.Ramai juga kawan2 GB dan Pengetua yang hadir .Terima kasih kerana prihatin pada aktiviti UPI yang diadakan.Walaupun jauh aku gagahkan juga menghadiri program yang bermakna ini.Pada Tuan PPD,Tuan Timbalan,Penolong2 PPD dan rakan pegawai yang sporting terima kasih daun keladi.Kalau panjang umur tahun depan kita hadir beri komitmen lagi.Semoga Daerah Manjung sentiasa cemerlang dalam akademik dan kokurikulum serta menampilkan imej yang menjadi sebutan dan contoh yang baik untuk diteladani.

Rabu, 10 Ogos 2011

SUMBANGAN RAMADHAN

Alhamdulillah setiap kali tibanya Ramadhan banyak sumbangan yang diterima daripada warga pendidikan.Hanya Allah saja yang dapat membalas usaha kalian yang menjalankan kutipan derma ini di sekolah .Namun dalam pada itu ada juga suara-suara sumbang yang tak tahu nak manfaatkan kelebihan bersedekah di bulan yang mulia ini.Semoga Allah membukakan pintu-pintu hati mereka untuk merebut peluang berbuat kebaikan.

Jumaat, 5 Ogos 2011

PERPISAHAN

Hari ini rasa sedih kat pejabat sebab persaraan kawan baik Pn.Saodah Hj.Abas.Susah nak dapat kawan macam kak Odah ni.sentiasa cool ada masalah.Faham kesedihan kawan-kawan.Apa pun semua orang akan mengalaami waktu ini tapi mungkin cara dan suasana berbeza.Ada banyak hikmah bersara dalam bulan Ramadhan ini.Keadaan tenang dan ceria, walaupun takde makan minum seperti kawan-kawan yang lain.Itulah kelebihan Ramadhan.