Sabtu, 25 Februari 2012

GERIK

Kini telah 3 bulan aku berkhidmat di PPD Hulu Perak.Tiada banyak masalah yang dihadapi, cuma aku punya 2 rumah yang harus diuruskan.Di Gerik tempat bertugas di Changkat Keruing tempat suami meneruskan projek untuk menambah pendapatan keluarga.Anak-anak masih belum bekerja .Dua-dua masih meneruskan pengajian di IPTA.Seorang di SBP yang mengharapkan sokongan dan kasihsayang ibu.Apa pun aku memanjatkan kesyukuran pada ilahi dengan iringan doa restu ibu mudah-mudahan anak bongsuku dapat menjalani hidup di asrama dengan tenang walaupun tanpa lawatan kerap seperti dulu.

Sabtu, 24 September 2011

Majlis Persaraan Kak Odah

23 Sept.2011 bertempat di Best Western Marina Island Lumut .Majlis yang simple tetapi meriah dengan celoteh yang menghiburkan daripada pengacara tetap PPD Manjung En.Zuraidi bin Samad.Apa yang membanggakan tuan PPD sendiri melahirkan rasa bangga atas komitmen yang ditunjukkan oleh yang hadir.Namun terdapat segelintir staff yang tidak memberi sebarang alasan mengapa tidak menghadirkan diri di majlis yang dianjurkan untuk semua warga kelab.Hari ini hari orang yang dirai esok lusa kita pula.Berilah ruang untuk kita sama-sama menyokong usaha murni yang dilakukan KSPM.

Rabu, 21 September 2011

Minggu yang sibuk

Minggu hadapan mulai hari Isnin 26 /09 / 2011 semua unit akademik PPD Manjung akan mengadakan lawatan penanda aras ke Kelantan.Semoga unit akademik akan dapat menimba ilmu dan pengalaman untuk diaplikasikan di eunit masing-massing.Semoga semua akan berusaha bagi meningkatkan imej ,kurikulum dan kokurikulum.Sesuai dengan saranan Dato' Pengarah.