Rabu, 13 Julai 2011

KURSUS MOTIVASI IHTIFAL

Jam 7.00 pagi dah keluar dari rumah terus ke SABK mengambil pelajar dan SMK Batu Sepuluh.Bawa peserta kuiz Bahasa Arab menengah atas ke Tapah.Ikut jalan Teluk Intan ke Tapah.Pertama kali cari Kompleks Kecemerlangan Sukan.Ronda jugalah Pekan Tapah baru jumpa.Nasib baik ada nombor telefon Ustaz Mudakir ,dialah jadi pemandu arah.Alhamdulillah jumpa juga akhirnya.

Ahad, 10 Julai 2011

FESTIVAL NASYID KEBANGSAAN

Kali ini Manjung balik dengan tangan kosong.Banyak perkara yang perlu dipelajari di festival 2011 ini.Persaingan memang sengit.Sebelum ini peserta perempuan memang kurang mendapat tempat di peringkat kebangsaan,tapi kali ini berbeza.Solo terbaik perempuanSR.Tabik spring kepada peserta SR daripada Sarawak memang power giler suaranya.Pada Ustaz Syamsul usaha lagi,jangan putus asa ,mungkin rezeki tidak menyebelahi kita kali ni.

Ahad, 3 Julai 2011

AHAD 3 JULAI

Diam tak diam dah masuk bulan Syaaban rupanya.Sebulan lagi Ramadhan menjelang.Cepatnya masa berlalu.Dari awal tahun tak habis-habis aktiviti yang dilalui,tapi rasa sedih pun ada Panitia Pendidikan Islam tahun ni macam tak bergeraklah pulak jika dibezakan dengan tahun sebelum ini.Festival nasyid peringkat kebangsaan dari 5 Julai hingga 8 Julai di Muar.Balik dari Muar tak tahulah apa pulak program yang menunggu.Hai! Rasa macam tak larat pun ada .Alhamdulillah ada guru-guru yang rajin membantu.Dipermudahkan Allah segala urusan.

Sabtu, 2 Julai 2011

LATIHAN PUSAT NASYID

Sabtu : 2 Julai 2011 -Ke SMKA Bota menghadiri taklimat dengan guru-guru pengiring dari SK.Seri Sitiawan bersama Ustaz Fadzil dari JPN.Selepas itu melihat latihan m/m nasyid yang akan mewakili Daerah Manjung ke Festival nasyid kebangsaan di Muar pada 5 Julai hg.8 Julai.Jam 1.00 tengahari bertolak pulang.Semoga m/m ini berjaya mengharumkan nama Negeri Perak.