Kini telah 3 bulan aku berkhidmat di PPD Hulu Perak.Tiada banyak masalah yang dihadapi, cuma aku punya 2 rumah yang harus diuruskan.Di Gerik tempat bertugas di Changkat Keruing tempat suami meneruskan projek untuk menambah pendapatan keluarga.Anak-anak masih belum bekerja .Dua-dua masih meneruskan pengajian di IPTA.Seorang di SBP yang mengharapkan sokongan dan kasihsayang ibu.Apa pun aku memanjatkan kesyukuran pada ilahi dengan iringan doa restu ibu mudah-mudahan anak bongsuku dapat menjalani hidup di asrama dengan tenang walaupun tanpa lawatan kerap seperti dulu.
Setakat ini aku meneruskan tugas dengan berlapang dada menerima segala teguran dan krikan membina daripada kawan-kawan seangkatan.
BalasPadam